Azlynna Bakery

Monday 21 November 2016

Cream puff sedap dan murah

Assalamualaikum W.B.T

Siapa yang suka makan cream puff sila angkat tangan !!! Hahaa...bagus2..

Ini la dia rupa cream puff inti kustard by Azlynna Bakery...RM20 / 25 pieces
murah kan..kan..kan?:-D

Cream puff ni..kalau buat 1 adunan..tak sempat aih nak packing nak jual..habis kat anak2 je..suka sangat dengan cream puff...huhuu

Berminat nk order? meh Whatsapp 0172503769 sekarang..

Kek coklat moist , kek coklat cheese berhantu dan brownies murah dan sedap

Assalamualaikum W.B.T semua...
Panjang bebenor tajuknya..hahaa..

Ok...seperti tajuknya dalam entri kali ni moh la kita cuci2 mata...😊😊😊

Kek Coklat Moist
RM4.50 / pcs



Kek Coklat Cheese a.k.a Kek Coklat Hantu
RM6.50/ pcs




Brownie Bites
RM12 / box



Brownies Kedut Plain 7"x7"
RM25 / box



Brownies Kedut Plain 8"x8"
RM35 / box

Ok...setakat ni dulu untuk hari ni..lain kali saya update produk yang lain pula..

Berminat nak order? Whatsapp 0172503769 untuk order...TQ :-)

Resepi brownies kedut paling sedap

Assalamualaikum...
Sesuai dengan tajuk diatas..hari saya nak bagitau korang...betapa gumbiranya hati saya bila berjaya menghasilkan kedut yang cantik ni kat permukaan brownies ( bukan kedut kat muka ye :-p ) yang saya buat hari ni...nah tengok ni..
cantik kan..kan..

Sebenarnya dah 3 kali try buat brownies ni...tp..tak jadi kedut macam ni...jd macam gini hah
kering je nampak permukaan dia..huhuu
3 - 3 percubaan buat brownies ni menggunakan resepi yang sama...dan dengan resepi yang sama juga lah hari ni saya berjaya dapatkan brownies yang berkedut cantik ni..hehee...

suku dah kena ngap dengan bebudak kat umah ni hah :-D

Mungkin cara penyedian bahan dan suhu oven tak betul sebelum ni..itu yang buatkan brownies saya tak berkedut cantik....kemungkinan besar mungkin kerana cara mencairkan coklat compound yang saya buat sebelum ni salah...

Ok...kat sini saya kongsikan resepi tu dengan korang..

Bahan2:
250 gram coklat compound (saya guna brand Beryl's Dark Choc Compound
75 gram butter
50 gram gula pasir
50 gram gula perang
50 gram tepung naik sendiri
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko

Cara buat:
Potong kecil2 coklat, sementara tu panaskan air hingga mendidih...matikan api...masukkan coklat dan butter kedalam mangkuk dan letak dalam air panas tadi...kacau coklat dan butter hingga cair dan sebati...bila coklat dah cair..keluarkan daripada air panas tadi...
Satukan telur dan gula serta esen vanilla..kacau sebati dengan spatula atau sudu je...
Satukan serbuk koko dengan tepung naik sendiri...
Kemudian masukkan campuran telur kedalam coklat cair tadi...kacau sebati...bila dah sebati..ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko kedalam campuran coklat cair dan telur tadi...kacau hingga sebati...
Tuang adunan ke dalam loyang 4 segi saiz 7 x 7 yang telah dialas dengan baking paper..lebihkan hujung baking paper supaya senang nak keluarkan brownies dari dalam loyang bila dah masak nanti..
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada suhu 100° . Yang ni bergantung pada oven masing2 yer...suhu oven tak boleh terlalu panas..nanti kedut tak jadi..rentung brownies ko nanti..:-P

Ok...selamat mencuba..kalau betul cara korang buat..confirm jadi brownies ni...:-)

Pages