Cara buat kerepek pisang
*sumber dari ; al-abwa.blogspot.com
Cara saya buat kerepek:-
1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau.
2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.
3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.
4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.
5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara-semestinya Tupperware one touch
canister!
tips:
1-sementara menunggu kerepek selama 5-7 minit itu, anda boleh teruskan mengupas dan menyagat pisang. Ulangi proses mengoreng hingga habis pisang.
2- Tangan kita yang terkena getah pisang akan meleket dan bergetah coklat. Gunakan minyak masak untuk menghilangkannya. Kesat dengan tisu tebal.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment