Azlynna Bakery

Friday 19 July 2013

Resepi biskut dahlia paling cantik,gebu dan sedap

Sumber resepi :Arizakiah.blogspot.com




Bahan-bahannya:


250 g mentega
125 g gula kastor
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......




Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,

3. Masukkan kuning telur dan
vanila dan putar  lagi hingga sebati.

4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.

5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

Wednesday 17 July 2013

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahannya ialah:~ 

1 buku butter 250g 
1 cawan gula kastor 
2 cawan tepung gandum yang diayak 
2 cawan tepung kastard yang diayak 
1 tspn esen vanila 

Untuk hiasan: 
Coklat rice 

* Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
* Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
* Gaul sehingga menjadi doh lembut.
* Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
* Ambil sedikit doh dan parut.
* Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
* Bakar dalam 150°C selama 15 minit.

Selamat mencuba ye...

Sunday 14 July 2013

Tudung chiffon 3 layer terkini






















Harga rm60 - rm100 termasuk charge penghantaran.
Untuk tempahan blh contact saya melalui email @ phone..terima kasih...

Monday 8 July 2013

Resepi Tart Nenas

Assalamualaikum...



Resepi untuk anggaran 100 biji.

~250gm butter scs atau anchor, kalau nak niaga kenalah guna.
~30-50 gm gula icing.
~1 tsp garam.
~2 biji telur -1 biji telur ambik kuning sahaja.
~sedikit essen vanila & pewarna kuning telur.
~Tepung gandum-bergantung pada keperluan.

Cara-caranya :
Satukan kesemua bahan diatas kedalam mangkuk mengunakan tangan.kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga menjadi satu doh yang sederhana lembut supaya doh tu  nanti mudah nak dimasukkan kedalam acuan tart gulung.

Untuk sapuan diatas permukaan tartsebiji kuning telursedikit esen vanilla sedikit pewarna kuning telursatukan ketiga bahan  dalam satu bekas
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25-30  minit guna api atas dan bawah.

Selamat mencuba ye....

Sunday 7 July 2013

Dana Haji Jasman Betul ke Tidak ?!

Ini petikan dari Berita Harian..

NASIONAL
Bon palsu RM1 janji pulangan RM1,000
2011/04/09 - 04:07:41 AM  Oleh ;Syuhada Choo Abdullah
Cetak
Emel Kawan

*SC kesan Dana Haji Jasman guna taktik sentimen agama sasar Melayu-Islam melabur* 

KUALA LUMPUR: Satu skim pelaburan haram dikesan menawarkan bon palsu yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan sehingga 1,000 kali ganda daripada nilai wang dilaburkan atau “labur RM1 dapat RM1,000’, dengan menjadikan umat Islam ter-utama masyarakat Melayu sebagai sasaran melalui penggunaan taktik sentimen agama. 
Skim itu dikenali sebagai Dana Haji Jasman yang berkembang menggunakan struktur pemasaran berbilang peringkat (MLM) atau `ahli dapatkan ahli’, didakwa mengikut landasan Islam serta menepati kehendak syariat, malah penggeraknya dikatakan memberitahu sasaran kononnya ia adalah usaha rahsia kerajaan untuk membantu golongan Muslim di negara ini, menyebabkan ada individu yang sanggup membuat pelaburan sehingga mencecah RM100,000. 

Golongan bergerak aktif menarik penyertaan orang ramai dikatakan dipelopori mereka yang dilihat masyarakat Islam setempat sebagai alim, berwibawa, dipercayai, disegani dan berpengaruh, khususnya dalam konteks keagamaan, malah ada yang mendakwa bertugas sebagai pegawai agama dalam jabatan kerajaan. 

Berikutan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta orang ramai berwaspada dan berhenti atau jangan melaburkan wang dalam skim berkenaan yang disahkan tidak berlesen serta bukan program kerajaan, sekali gus menegaskan pelaburan terbabit yang menggunakan nama Bon Antarabangsa Boustead juga tiada sebarang kaitan dengan Boustead Holdings Berhad, iaitu sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. 

Jurucakap SC berkata, siasatan awal setakat ini mendapati skim berkenaan banyak tertumpu di kawasan bandar sekitar Johor, namun turut disertai golongan warga emas dari luar bandar, dan kini menular ke Kuala Lumpur. 

“Mangsa skim itu merangkumi segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam, dari mereka yang tidak berpelajaran sehinggalah golongan profesional, termasuk kakitangan kerajaan. Perjumpaan untuk menarik pelabur ini lazimnya diadakan di tempat berkaitan agama, selain lokasi lain seperti hotel, tempat perhimpunan awam dan dewan orang ramai. 
“Lebih membimbangkan, penyertaan skim haram itu tidak menetapkan sebarang had minimum, bermakna mungkin ada mangsa yang melaburkan sekecil-kecil jumlah yang ditabung dengan susah payah seperti RM100 atau RM150 dan ia boleh meningkat kepada semua wang simpanan hayat seseorang individu hingga mencecah ratusan ribu ringgit. 

“Berdasarkan maklumat diperoleh, orang ramai yang menyertai skim itu tidak diberi sebarang resit bayaran atau dokumen rasmi untuk pelaburan mereka. 
Sebaliknya apabila sudah memasukkan wang ke dalam suatu akaun bank yang diberikan, mereka kehendaki menandatangani suatu surat bai`ah bahawa pulangan pelaburan yang diterima nanti mesti digunakan untuk tujuan baik. Ini secara tidak langsung meyakinkan lagi orang ramai bahawa skim pelaburan itu adalah bagus, berkat dan menepati syariat. 

“Kadar dan tempoh perolehan pulangan pelaburan dijanjikan berbeza-beza kepada peserta berlainan.Berdasarkan maklumat diterima setakat ini Ada peserta yang dijanjikan kadar pulangan RM1,000 bagi setiap RM1 dilaburkan. Namun, janji itu tidak ditunaikan kerana peserta sering diberi pelbagai alasan.

Entahlah belalang....

Azlynna Bakery Blok 8 Desa Mentari, Petaling Jaya.

Kami sedia menerima tempahan kek untuk harijadi,cupcakes dll..
Kepada anda yang tinggal di sekitar Blok 1-8 Desa Mentari boleh lah tempah dengan saya kalau sudi ye..
Kami menawarkan produk yang terjamin kebersihanya,mutu dan rasa terbaik serta pada harga yang amat berpatutan...dan yang paling penting HALAL keutamaan kami...

Kat bawah ni saya sertakan sebahagian gambar-2 kek n cupcakes kami..



Kek Rainbow versi Hello Kitty





Kek Rainbow juga ye




Kek Rainbow


Kek Rainbow





























Ni lah antara kek n cupcakes keluaran Azlynna Bakery...

Friday 5 July 2013

Resepi Kek Rainbow

BAHAN BAHAN

3 cawan tepung gandum ~ ayak
4 tsp baking. powder ~ ayak ~ @ letak 2 tsp aje.
1 cawan butter
1 3/4 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 tsp esen vanilla
6 jenis kaler yang di sukai

CARA-CARA

Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu ~ sehingga putih
Masukkan telur putih dan esen vanilla ~ putar sebati
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Bahagikan kepade 6 bahagian dan setiap satu letak kaler yang di sukai ~ purple, hijau, biru, kuning, oren, merah
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang 8 inci dan bakar selame 15 minit pade suhu 180 c° menggunakan api atas bawah.
Bakar sehingge selesai semuanye 6 lapis
Boleh lah di topping mengikut citarasa anda ye.







~Topping cheesecream ~
250 gm cheesecream
120 gm butter
130 gm gula icing
* Putar hingge sebati.

~ Topping freshcream ~
400 gm non dairy whipping ~ putar hingge kental @ soft peak

Selamat mencuba...

Kek Pelangi (Rainbow Cake)

Assalamualaikum...
Selamat petang...
Saje nak tayang kek pelangi petang ni....versi Hello Kitty..
Request dari anak dara ku...
Sempena ulang tahunnya yang ke 10..ermm..dh tua rasa diri ini..hehee...
Selamat menjamu mata je lah ye...mana tau gambar kek ni boleh jadi sumber inspirasi untuk anda mendeco kek...




Kalau nak tempah pun boleh gak...boleh sms @ call @ email saya tuk tempahan..
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..

Pages