Azlynna Bakery

Thursday 21 November 2013

Jom buat side income dengan Kelab Jutawan

Jom ledakkan akaun bank anda setiap minggu dengan program affiliate Kelab Jutawan



SILA KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR DAN INFO LANJUT ===> http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=Azlynnawaty

Tuesday 20 August 2013

Kek Dan Cupcakes Homemade untuk tempahan di Desa Mentari.

Kami di Azlynna Bakery,bertempat di blok 8 Desa Mentari. Petaling Jaya,sedia menerima tempahan kek dan cupcake pada harga yang amat berpatutan..
HALAL jaminan kami..dengan rasa yang Insyaallah anda berpuas hati..
Penghantaran adalah percuma untuk pelanggan sekitar blok 1-8 Desa Mentari...
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh hubungi saya melalui email : azlynna12@gmail.com atau boleh juga hubungi no telefon tertera :0193439894.
Terima Kasih atas kunjungan anda ke blog saya...

Kek Rainbow | deco ala black forest cake.

Kek Rainbow dengan 6 lapisan kek span warna pelangi..
Harga Rm40/ 7 inci.




Untuk yang berminat untuk menempah boleh hubungi saya melalui email,atau nombor telefon kat bawah...juga boleh tinggalkan pesanan anda kat ruangan comment..
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog saya..

Sunday 4 August 2013

Kek rainbow

Assalamualaikum...
Ini dia kek rainbow yang di deco ala2 black forest.
Kek span dgn 6 lapisan warna..
Dengan topping fresh cream serta ceri dan parutan coklat dari jenama Beryl..

Harga serendah rm40.00 untuk 7".


Maaf ye gmbar potong tak ada sebab ni kek orang tempah.
Bagi anda yang duduk di sekitar DESA MENTARI boleh lah tempah dengan saya kalau sudi..penghantaran PERCUMA ke rumah anda..(bagi yang ada lift je ye) x larat nak panjat tangga dah..huhuu..bagi yang tinggal kat flat2 yang liftnya rosak tu saya hantar juga..tapi kat bawah je ye..

Terima kasih...

Friday 19 July 2013

Resepi biskut dahlia paling cantik,gebu dan sedap

Sumber resepi :Arizakiah.blogspot.com




Bahan-bahannya:


250 g mentega
125 g gula kastor
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......




Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,

3. Masukkan kuning telur dan
vanila dan putar  lagi hingga sebati.

4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.

5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

Wednesday 17 July 2013

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahannya ialah:~ 

1 buku butter 250g 
1 cawan gula kastor 
2 cawan tepung gandum yang diayak 
2 cawan tepung kastard yang diayak 
1 tspn esen vanila 

Untuk hiasan: 
Coklat rice 

* Butter, esen vanilla dan gula dipukul sehingga putih/gebu.
* Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
* Gaul sehingga menjadi doh lembut.
* Simpan sekejap dalam peti sejuk untuk senang diparut.
* Ambil sedikit doh dan parut.
* Scoop doh yang diparut kedalam paper cup dan tabur choc rice.
* Bakar dalam 150°C selama 15 minit.

Selamat mencuba ye...

Sunday 14 July 2013

Tudung chiffon 3 layer terkini






















Harga rm60 - rm100 termasuk charge penghantaran.
Untuk tempahan blh contact saya melalui email @ phone..terima kasih...

Monday 8 July 2013

Resepi Tart Nenas

Assalamualaikum...



Resepi untuk anggaran 100 biji.

~250gm butter scs atau anchor, kalau nak niaga kenalah guna.
~30-50 gm gula icing.
~1 tsp garam.
~2 biji telur -1 biji telur ambik kuning sahaja.
~sedikit essen vanila & pewarna kuning telur.
~Tepung gandum-bergantung pada keperluan.

Cara-caranya :
Satukan kesemua bahan diatas kedalam mangkuk mengunakan tangan.kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga menjadi satu doh yang sederhana lembut supaya doh tu  nanti mudah nak dimasukkan kedalam acuan tart gulung.

Untuk sapuan diatas permukaan tartsebiji kuning telursedikit esen vanilla sedikit pewarna kuning telursatukan ketiga bahan  dalam satu bekas
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25-30  minit guna api atas dan bawah.

Selamat mencuba ye....

Sunday 7 July 2013

Dana Haji Jasman Betul ke Tidak ?!

Ini petikan dari Berita Harian..

NASIONAL
Bon palsu RM1 janji pulangan RM1,000
2011/04/09 - 04:07:41 AM  Oleh ;Syuhada Choo Abdullah
Cetak
Emel Kawan

*SC kesan Dana Haji Jasman guna taktik sentimen agama sasar Melayu-Islam melabur* 

KUALA LUMPUR: Satu skim pelaburan haram dikesan menawarkan bon palsu yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan sehingga 1,000 kali ganda daripada nilai wang dilaburkan atau “labur RM1 dapat RM1,000’, dengan menjadikan umat Islam ter-utama masyarakat Melayu sebagai sasaran melalui penggunaan taktik sentimen agama. 
Skim itu dikenali sebagai Dana Haji Jasman yang berkembang menggunakan struktur pemasaran berbilang peringkat (MLM) atau `ahli dapatkan ahli’, didakwa mengikut landasan Islam serta menepati kehendak syariat, malah penggeraknya dikatakan memberitahu sasaran kononnya ia adalah usaha rahsia kerajaan untuk membantu golongan Muslim di negara ini, menyebabkan ada individu yang sanggup membuat pelaburan sehingga mencecah RM100,000. 

Golongan bergerak aktif menarik penyertaan orang ramai dikatakan dipelopori mereka yang dilihat masyarakat Islam setempat sebagai alim, berwibawa, dipercayai, disegani dan berpengaruh, khususnya dalam konteks keagamaan, malah ada yang mendakwa bertugas sebagai pegawai agama dalam jabatan kerajaan. 

Berikutan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta orang ramai berwaspada dan berhenti atau jangan melaburkan wang dalam skim berkenaan yang disahkan tidak berlesen serta bukan program kerajaan, sekali gus menegaskan pelaburan terbabit yang menggunakan nama Bon Antarabangsa Boustead juga tiada sebarang kaitan dengan Boustead Holdings Berhad, iaitu sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. 

Jurucakap SC berkata, siasatan awal setakat ini mendapati skim berkenaan banyak tertumpu di kawasan bandar sekitar Johor, namun turut disertai golongan warga emas dari luar bandar, dan kini menular ke Kuala Lumpur. 

“Mangsa skim itu merangkumi segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam, dari mereka yang tidak berpelajaran sehinggalah golongan profesional, termasuk kakitangan kerajaan. Perjumpaan untuk menarik pelabur ini lazimnya diadakan di tempat berkaitan agama, selain lokasi lain seperti hotel, tempat perhimpunan awam dan dewan orang ramai. 
“Lebih membimbangkan, penyertaan skim haram itu tidak menetapkan sebarang had minimum, bermakna mungkin ada mangsa yang melaburkan sekecil-kecil jumlah yang ditabung dengan susah payah seperti RM100 atau RM150 dan ia boleh meningkat kepada semua wang simpanan hayat seseorang individu hingga mencecah ratusan ribu ringgit. 

“Berdasarkan maklumat diperoleh, orang ramai yang menyertai skim itu tidak diberi sebarang resit bayaran atau dokumen rasmi untuk pelaburan mereka. 
Sebaliknya apabila sudah memasukkan wang ke dalam suatu akaun bank yang diberikan, mereka kehendaki menandatangani suatu surat bai`ah bahawa pulangan pelaburan yang diterima nanti mesti digunakan untuk tujuan baik. Ini secara tidak langsung meyakinkan lagi orang ramai bahawa skim pelaburan itu adalah bagus, berkat dan menepati syariat. 

“Kadar dan tempoh perolehan pulangan pelaburan dijanjikan berbeza-beza kepada peserta berlainan.Berdasarkan maklumat diterima setakat ini Ada peserta yang dijanjikan kadar pulangan RM1,000 bagi setiap RM1 dilaburkan. Namun, janji itu tidak ditunaikan kerana peserta sering diberi pelbagai alasan.

Entahlah belalang....

Azlynna Bakery Blok 8 Desa Mentari, Petaling Jaya.

Kami sedia menerima tempahan kek untuk harijadi,cupcakes dll..
Kepada anda yang tinggal di sekitar Blok 1-8 Desa Mentari boleh lah tempah dengan saya kalau sudi ye..
Kami menawarkan produk yang terjamin kebersihanya,mutu dan rasa terbaik serta pada harga yang amat berpatutan...dan yang paling penting HALAL keutamaan kami...

Kat bawah ni saya sertakan sebahagian gambar-2 kek n cupcakes kami..



Kek Rainbow versi Hello Kitty





Kek Rainbow juga ye




Kek Rainbow


Kek Rainbow





























Ni lah antara kek n cupcakes keluaran Azlynna Bakery...

Friday 5 July 2013

Resepi Kek Rainbow

BAHAN BAHAN

3 cawan tepung gandum ~ ayak
4 tsp baking. powder ~ ayak ~ @ letak 2 tsp aje.
1 cawan butter
1 3/4 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 tsp esen vanilla
6 jenis kaler yang di sukai

CARA-CARA

Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu ~ sehingga putih
Masukkan telur putih dan esen vanilla ~ putar sebati
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Bahagikan kepade 6 bahagian dan setiap satu letak kaler yang di sukai ~ purple, hijau, biru, kuning, oren, merah
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang 8 inci dan bakar selame 15 minit pade suhu 180 c° menggunakan api atas bawah.
Bakar sehingge selesai semuanye 6 lapis
Boleh lah di topping mengikut citarasa anda ye.







~Topping cheesecream ~
250 gm cheesecream
120 gm butter
130 gm gula icing
* Putar hingge sebati.

~ Topping freshcream ~
400 gm non dairy whipping ~ putar hingge kental @ soft peak

Selamat mencuba...

Kek Pelangi (Rainbow Cake)

Assalamualaikum...
Selamat petang...
Saje nak tayang kek pelangi petang ni....versi Hello Kitty..
Request dari anak dara ku...
Sempena ulang tahunnya yang ke 10..ermm..dh tua rasa diri ini..hehee...
Selamat menjamu mata je lah ye...mana tau gambar kek ni boleh jadi sumber inspirasi untuk anda mendeco kek...




Kalau nak tempah pun boleh gak...boleh sms @ call @ email saya tuk tempahan..
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..

Thursday 27 June 2013

Contoh Decoration Untuk Kek Rainbow

Assalamualaikum...

Gambar ni saya publishkan kat sini sebagai panduan customer untuk memilih jenis decoration untuk kek rainbow.







gambar dari google

gambar dari google

Terima kasih kerana anda sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni..untuk tempahan @ pertanyaan boleh hubungi saya melalui nombor telefon n alamat email yang tertera..

Wednesday 26 June 2013

Resepi Japanese Cheese Cake 18cm

Resepi Japanese Cheese Cake ;

Bahan-bahan ( 18cm loyang )

* 200g krim keju (suhu bilik)
* 50ml susu segar
* 3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
* 100g gula kastor
* 30g tepung jagung
* 2 sudu besar jus lemon
* 1/2 sudu kecil cream of tartar

LEMON CHEESE FROSTING

* 125g krim keju
* 30g gula kastor
* 50g fresh cream
* 2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

* Panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18cm dengan kertas minyak.
* Pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
* Masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
* Pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
* Kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaup balikkan baki putih telur ke dalam adunan.
* Bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit.
* Bila dah masak,tutup api oven,biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk. Bila dah betul2 sejuk, bolehlah keluarkan dan hias dgn lemon cheese frosting.
* *** Utk lemon cheese frosting, pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan hiaskan atas kek.
* *** Kek ini lagi sedap kalau dibiarkan semalaman dalam esbok. :D

Resepi Tart Nenas Gebu

Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com

By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Guna acuan semperit.

Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Tips tambahan dari kak anymz lagi: Ketika menambah tepung,hentikan penambahan tepung sekiranya doh sudah boleh dibentuk(dipicit dari acuan)-kena buat praktikal baru boleh faham ni yer puan2.

          Jem Nenas                    Resepi : Kak Anymz

Bahan :
~10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
~3 kampit gula
~sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

~Kopek nenas, buang matanya dan sagat.
~Kacau nenas dan gula.
~Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
~Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.

selamat mencuba ye...

Resepi Biskut Almond London

*Resepi biskut Almond london*
*
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji ) *250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telur
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

*Cara-cara*

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara

Tuesday 25 June 2013

Cotton cheese cake rm45.00/ 1kg

Cotton cheese cake dibuka untuk tempahan...
~penghantaran percuma untuk pelanggan sekitar blok 1-8 Desa Mentari ,PJ.

Resepi Cotton Cheese Cake

Jom try buat kek keju kapas ni...memang sedap sesangat...rasa nak habiskan je sebiji ni...heheee...ok ni resepinya..

KEK KEJU KAPAS (Cotton Cheese Cake)

140 gm gula halus
6 biji putih telur
1/4 sudu cream of tartar
50 gm mentega
250 gm krim keju
6 biji kuning telur
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Cairkan krim keju, mentega dan susu di atas air (double boiler).
Biarkan sejuk sedikit. Campurkan tepung jagung, tepung kek dan kacau sehingga ia sebati.
Tambahkan kuning telur dan jut lemon.
2. Pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga sedikit kembang.
3. Campurkan 1 dan 2.
4. Masukkan adunan be dalam acuan yang disediakan dan ditabur tepung.
5. Kukus-bakar (steam bake) pada suhu 160°C selama 1 jam 10 minit.KEK KEJU KAPAS (Cotton Cheese Cake)

Pages