Azlynna Bakery

Wednesday 31 December 2014

Resepi karipap pusing paling sedap

Assalamualaikum rakan2 pembaca semua..
Dah banyak kali sebenarnya saya duk try buat karipap pusing ni...ada yang keras..ada yang terlalu rapuh..ada yang makan sebiji terus rasa muak..errr...tapi akhirnya setelah berkilo-kilo tepung habis dek try n error...terjumpa lah jgk resepi yang tersangat la sedap bagi saya..serius sedap...nak try resepi ni? Ok jom kita tengok resepinya..





Doh A :
~1 cawan tepung gandum
~2 sudu besar marjerin
~1/3 cawan minyak masak

Doh B :
~2 cawan tepung gandum
~1/4 cawan minyak masak (panaskan)
~1 sudu teh garam
~1/2 cawan air sejuk dari peti ais (boleh tambah air klu adunan keras)




CARA-CARA :

Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.


Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 

CARA MEMBUATNYA :

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI :

8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili/cili kisar
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

* 1 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia

CARA BUAT :

Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

Ok..selamat mencuba yer..

Tuesday 16 December 2014

Resepi gulai ayam "3Puteri"

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni...hari ni saya nak kongsikan resepi gulai ayam..ala2 gulai nasi berlauk kelantan gitu..
Sebelum ni dah banyak saya search resepi2 gulai ayam kat internet..tapi takde yang sesuai dengan selera saya dan family..lagi2 encik suami..
Jadi saya buat keputusan olah sendiri resepi gulai ayam berdasarkan resepi2 sedia ada...dan rasanya...bagi saya sedap..encik suami cakap "dah boleh nak jual nasi berlauk ayam ni" hehee
Ok lah..tak nak membebel panjang2...jom semak resepinya kat bawah..

ni pic gulai ayam yang saya masak petang tadi..yummyy..

Bahan-bahannya :
»1/2 ekor ayam
»sebiji kelapa (di perah santannya )
»1 paket kecil serbuk kari ayam / daging Adabi
»5 biji bawang merah*
»3 ulas bawang putih*
»1/2 inci halia*
»rempah 4 sekawan
»80 ml susu cair ( yang ini optional yer..saya letak ni sebab kelapa tak cukup santannya)
»sedikit air asam jawa
»garam , gula n ajinomoto


ni la serbuk kari ayam & daging Adabi dan juga rempah 4 sekawan (pic daripada google)

Cara membuatnya :
~Ayam dipotong dan dibersihkan.
~Blend kelapa parut ( tujuannya supaya lebih banyak santan yang keluar bila diperah )
~Kisar bawang merah , putih dan halia.
~Kemudian tumis bawang merah , putih dan halia yang telah dikisar tadi bersama rempah 4 sekawan sehingga wangi..jangan sampai hangit pulak yer
~Masukkan serbuk kari ayam yang telah dijadikan pes.
~Tumis seketika..masukkan ayam dan air asam jawa..
~Last sekali masukkan santan dan susu cair , masukkan juga garam gula n ajinomoto.
~Masak dengan api perlahan hingga kuah pecah minyak dan sedikit pekat....dah siap..
Senang je kan..

Bila dah masak boleh la dihidang bersama nasi putih , sambal lada , timun dan ayam goreng rempah..urmm..sedap weih..

Ok selamat mencuba...bye..Assalamualaikum...

Friday 10 October 2014

Resepi kuih bom warisan nenek

Assalamualaikum W.B.T..

Dah lama sebenarnya saya nak kongsikan resepi kuih bom ni kat sini...cuma masa yang tak mengizinkan..resepi kuih bom ni saya pelajari dari arwah nenek...
Ok lah tak nak membebel panjang-panjang nanti korang bosan pulak..jom semak resepinya kat bawah ni :

BAHAN2 UNTUK KULIT KUIH BOM :

1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

CARA BUAT KULIT KUIH BOM :

~Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
~Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum, 
~Uli  hingga menjadi doh

p/s ; tujuan gula dimasukkan ke dalam adunan adalah untuk mengelakkan kuih bom meletup semasa menggoreng..(sebab tu kuih ni di panggil kuih bom..hihii)


sumber pic daripada google

kepada rakan2 yang tak tahu macam mana rupa tepung pulut cap gajah tu..kat bawah ni pic tepung pulut tu

sumber pic daripada google jugak

itu lah dia tepung pulut cap 3 gajah...tepung pulut ni lebih bermutu bagi saya kerana tepungnya x berbau dan tak keras bila buat kuih berbanding dengan tepung pulut jenama lain.

Ok sekarang kita tengok resepi inti kacang pula.

BAHAN2 UNTUK INTI KACANG :


~500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk..jimat gas maa)

~Seketul gula melaka
~Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
~1 sudu kecil garam 
~1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
~Sehelai daun pandan

CARA2 MEMBUAT INTI KACANG :


~Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api dapur tu ye...

~Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen lama. 

Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi..leperkan kat atas tapak tangan, kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutp inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom..

Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak...
 p/s: goreng dengan minyak yang mencukupi supaya kuih masak sempurna dan tak hangit kat bawah.

Thursday 25 September 2014

Resepi Tart Nenas

Sumber resepi : http://spicesjourney.blogspot.com/2012/07/tart-nenas-gebuss.html?m=1

Bahan-bahan :
3 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Gula Icing
200 gm Butter
50 gm Margerin
2 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu teh Vanilla ekstrak/essence
1 sudu besar Susu Tepung
1 biji Kuning Telur 


Cara membuatnya :

Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung dan gula icing...pukul sedikit telur kuning dengan esen vanilla...
Masukkan butter dan kuning telur yang dah dipukul dengan esen vanilla tadi ke dalam tepung2 yang telah diayak tadi...gaul semua bahan hingga menjadi doh..jika adunan agak lembik boleh lah tambah sedikit tepung gandum lagi...
Terap adunan mengikut acuan yang anda suka..saya buat guna acuan semperit, letakkan jem dan gulung..sapu sedikit kuning telur kat atas biskut...bakarlah pada suhu 170° selama 10-15 minit (ini bergantung pada oven masing -masing yer)
Dah masak..sejukkan biskut seketika..then simpan dalam bekas kedap udara..lepas tu hantar kat saya sebalang...kikikii..



Selamat mencuba yer...

Tuesday 23 September 2014

Tempahan almond cluster dibuka sekarang

Assalamualaikum.....
Sempena Raya Haji yang bakal tiba kami di Azlynna Bakery membuka tempahan untuk almond cluster yang sangat rangup dan mewah dengan rasa coklat..diperbuat daripada potongan kacang badam dan kismis yang kemudiannya di gaul dalam campuran dark & milk chocolate (chocolate compound) yang menghasilkan rasa yang sangat enak..
pic dari google 
pic dari google

Harga sebalang (kecil) RM15 /30 biji
Harga sebalang (besar) RM25 /50 biji

Penghataran PERCUMA sekitar Desa Mentari Blok 1-8, lain-lain kawasan boleh self pickup kat Petronas Desa Mentari atau melalui poslaju (charge untuk poslaju akan dikenakan mengikut jumlah dan berat item)

Untuk order dan sebarang pertanyaan boleh WHATSAPP 0172503769

#Tempahan dibuka untuk sepanjang tahun (takde musim yer :))

Tuesday 16 September 2014

Resepi biskut oatmeal (oatmeal cookies)

Assalamualaikum...salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ni..entri hari ni saya nak kongsikan resepi biskut oatmeal yang amat2 sedap dan menyihatkan ni...resepi ni saya ambil kat blog sis Hannamemories...mohon halalkan ye sis hanna saya share resepi tu kat sini pula..ok jom kita tengok resepinyaaaa..

Bahan-bahan :
~1 1/2 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
~1 sudu teh soda bikarbonat
~1/2 sudu teh garam halus
~1 cawan mentega yang dah di lembutkan
~3/4 cawan gula perang
~1/2 cawan gula pasir -(boleh kurangkan sikit untuk kurangkan manis)
~1 biji telur gred A
~1 sudu kecil esen vanilla
~3 cawan oat mentah
~1 cawan kismis
~1 cawan semisweet chocolate chips

pic dari google

Cara membuatnya :

~Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius
~Satukan tepung gandum , soda bikarbonat dan garam,
~Mixer mentega, gula perang dan gula pasir guna medium speed, masukkan telur dan esen vanilla,
~Perlahankan speed mixer masukkan tepung gandum, soda dan garam yang telah di satukan tadi. Mix kejap bagi sebati jer..
~Kemudian masukkan oat, kismis dan coklat chips, gaul dengan spatula hingga semua bahan sebati..

~Sudukan adunan dengan sudu besar (sudu makan) susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak, jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya biskut tak bercantum bila masak nanti.
~Bakar selama 13-15 minit hingga biskut keperangan sedikit,
~Sejukkan biskut atas redai hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Ok..selamat mengukis iyer...:)


Resepi biskut nestum

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak kongsikan resepi biskut nestum yang mabeles ni ;-).
Raya Haji dah tak lama dah...jadi korang boleh la try resepi ni...


Ini la rupa biskut nestum..



Ok kat bawah ni resepinya yer..

Bahan2 A;

~1 cawan tepung gandum
~1 cawan Nestum original - dikisar halus
~1 cawan Nestum original - tak perlu kisar
~1 1/2 sk serbuk penaik -ayak

Bahan2 B ;

~125 gram butter
~1/2 cawan gula halus (kurangkan ~1-2 sb jika tak suka manis)
~1 sk esen vanilla
~1 biji telur gred A @ B

Bahan2 C ;

~Bijirin Nestum secukupnya di letakkan dalam pinggan atau ape2 bekas untuk menyalut biskut nanti.
~Potongan buah ceri secukupnya (untuk hiasan)

Cara-cara membuatnya ;

Mixer butter, gula halus, telur dan esen vanilla hingga sebati,
kemudian masukkan bahan2 A..gaul dengan senduk kayu hingga semua bahan sebati, lepas tu boleh la bentukkan bulat2 macam bebola kecil dan letakkan bebola biskut korang tu kat dalam bijirin Nestum yang telah korang taruk dalam pinggan tadi...golek golekkan bebola biskut tu kat dalam bijirin Nestum tu tadi..bila dah siap semua..susun bebola biskut tadi atas dulang pembakar..tekan sedikit permukaan biskut dengan garfu untuk meleperkan sedikit biskut..letak potongan ceri kat atas setiap satu biskut2 kita tu..bagi cantik sikit..
Lepas tu korang bakar la biskut tu dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 175° selama 20 -25 ( bergantung pada oven masing2 yer) minit sehingga biskut keperangan.
Bila dah masak tu sejukkan kat atas redai hingga biskut betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Done...

Selamat mencuba yer...

Sunday 16 February 2014

Smart tab p5 mudah rosak!!

Masuk ni dah 4 kali tablet brand Smart Tab ni rosak...penat dah ulang-alik kedai yang jual tablet ni...macam-macam masalah tablet ni..kalau boleh tukar dengan brand lain..memang dah tukar ambil brand lain je..malangnya kena tukar dengan brand yang sama sahaja..huhuu..

Pages