Azlynna Bakery

Wednesday 31 December 2014

Resepi karipap pusing paling sedap

Assalamualaikum rakan2 pembaca semua..
Dah banyak kali sebenarnya saya duk try buat karipap pusing ni...ada yang keras..ada yang terlalu rapuh..ada yang makan sebiji terus rasa muak..errr...tapi akhirnya setelah berkilo-kilo tepung habis dek try n error...terjumpa lah jgk resepi yang tersangat la sedap bagi saya..serius sedap...nak try resepi ni? Ok jom kita tengok resepinya..





Doh A :
~1 cawan tepung gandum
~2 sudu besar marjerin
~1/3 cawan minyak masak

Doh B :
~2 cawan tepung gandum
~1/4 cawan minyak masak (panaskan)
~1 sudu teh garam
~1/2 cawan air sejuk dari peti ais (boleh tambah air klu adunan keras)




CARA-CARA :

Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.


Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 

CARA MEMBUATNYA :

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI :

8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili/cili kisar
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

* 1 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia

CARA BUAT :

Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

Ok..selamat mencuba yer..

No comments:

Post a Comment

Pages