Azlynna Bakery

Thursday 27 June 2013

Contoh Decoration Untuk Kek Rainbow

Assalamualaikum...

Gambar ni saya publishkan kat sini sebagai panduan customer untuk memilih jenis decoration untuk kek rainbow.







gambar dari google

gambar dari google

Terima kasih kerana anda sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni..untuk tempahan @ pertanyaan boleh hubungi saya melalui nombor telefon n alamat email yang tertera..

Wednesday 26 June 2013

Resepi Japanese Cheese Cake 18cm

Resepi Japanese Cheese Cake ;

Bahan-bahan ( 18cm loyang )

* 200g krim keju (suhu bilik)
* 50ml susu segar
* 3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
* 100g gula kastor
* 30g tepung jagung
* 2 sudu besar jus lemon
* 1/2 sudu kecil cream of tartar

LEMON CHEESE FROSTING

* 125g krim keju
* 30g gula kastor
* 50g fresh cream
* 2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

* Panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18cm dengan kertas minyak.
* Pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
* Masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
* Pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
* Kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaup balikkan baki putih telur ke dalam adunan.
* Bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit.
* Bila dah masak,tutup api oven,biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk. Bila dah betul2 sejuk, bolehlah keluarkan dan hias dgn lemon cheese frosting.
* *** Utk lemon cheese frosting, pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan hiaskan atas kek.
* *** Kek ini lagi sedap kalau dibiarkan semalaman dalam esbok. :D

Resepi Tart Nenas Gebu

Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com

By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Guna acuan semperit.

Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Tips tambahan dari kak anymz lagi: Ketika menambah tepung,hentikan penambahan tepung sekiranya doh sudah boleh dibentuk(dipicit dari acuan)-kena buat praktikal baru boleh faham ni yer puan2.

          Jem Nenas                    Resepi : Kak Anymz

Bahan :
~10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
~3 kampit gula
~sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

~Kopek nenas, buang matanya dan sagat.
~Kacau nenas dan gula.
~Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
~Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.

selamat mencuba ye...

Resepi Biskut Almond London

*Resepi biskut Almond london*
*
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji ) *250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telur
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

*Cara-cara*

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara

Tuesday 25 June 2013

Cotton cheese cake rm45.00/ 1kg

Cotton cheese cake dibuka untuk tempahan...
~penghantaran percuma untuk pelanggan sekitar blok 1-8 Desa Mentari ,PJ.

Resepi Cotton Cheese Cake

Jom try buat kek keju kapas ni...memang sedap sesangat...rasa nak habiskan je sebiji ni...heheee...ok ni resepinya..

KEK KEJU KAPAS (Cotton Cheese Cake)

140 gm gula halus
6 biji putih telur
1/4 sudu cream of tartar
50 gm mentega
250 gm krim keju
6 biji kuning telur
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Cairkan krim keju, mentega dan susu di atas air (double boiler).
Biarkan sejuk sedikit. Campurkan tepung jagung, tepung kek dan kacau sehingga ia sebati.
Tambahkan kuning telur dan jut lemon.
2. Pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga sedikit kembang.
3. Campurkan 1 dan 2.
4. Masukkan adunan be dalam acuan yang disediakan dan ditabur tepung.
5. Kukus-bakar (steam bake) pada suhu 160°C selama 1 jam 10 minit.KEK KEJU KAPAS (Cotton Cheese Cake)

Thursday 20 June 2013

Resepi Biskut Famous Amos Oatmeal Crunchy

Sumber resepi : Rinimemories.blogspot.com

*Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies*

*Bahan A*
250gm mentega
220gm gula pasir - tak letak
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

*Bahan B *
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus 

*Bahan C*
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar - tak letak
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar - guna badam

*Cara-cara :*
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa

Kek Rainbow 1/2 kg+++ | hanya rm35.

Kek Rainbow dengan topping fresh cream..harga untuk 1/2 kg+++ hanya RM35.00


***untuk tempahan blh sms @ cll @ email saya..alamat email n no tepon ada kat bawah..
Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog saya..

Monday 17 June 2013

Cara Buat Kerepek Pisang

Cara buat kerepek pisang
*sumber dari ; al-abwa.blogspot.com

Cara saya buat kerepek:-
1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau. 

2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.

3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.

4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.

5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara-semestinya Tupperware one touch 
canister!

tips:
1-sementara menunggu kerepek selama 5-7 minit itu, anda boleh teruskan mengupas dan menyagat pisang. Ulangi proses mengoreng hingga habis pisang.
2- Tangan kita yang terkena getah pisang akan meleket dan bergetah coklat. Gunakan minyak masak untuk menghilangkannya. Kesat dengan tisu tebal.

Selamat mencuba.

Kek Rainbow 2D Angry Bird.

Kek Rainbow 2D Angry Bird
~1/2 kg+++
~topping fresh cream
~harga rm35.00/ 1/2 kg+++
*untuk topping cream cheese harga rm40.00/ 1/2 kg +++
*untuk topping buttercream harga sama dengan topping fresh cream rm35.00 / 1/2 kg+++.



**Untuk tempahan boleh call @ sms saya di talian 0193439894 @ email saya di ; azlynna12@gmail.com @ boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen.
Terima kasih diatas kesudian anda bertandang ke blog saya..:-)

Sunday 16 June 2013

Resepi kek coklat lembab

RESEPI KEK COKLAT MOIST
resepi oleh :hanamemories.blogspot.com


*Bahan-bahan*
Bahan Kek* *

* 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
* 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
* 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
* 2 cawan gula halus - 1 cwn
* 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
* 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
* 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
* 1 1/2 baking powder - 1sk
* 1 sk soda bikarbonat - 1sk
* 1 sk esen vanila - 1sk
* 1 sk garam - secubitBahan Topping @ Ganache Coklat

* 100ml whipping cream/fresh cream
* 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
* 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
* 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)


(gambar sumber dari google)

*

**Cara-cara*

* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
* Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
* Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
* Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
* Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
* Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
* Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.

Kek Rainbow 2D Angry Bird version

~Berat 1/2 kg+++
~topping fresh cream
~harga RM35.00
*topping cream cheese RM40.00/ 1/2 kg+++
*topping buttercream RM35.00/ 1/2 kg+++




Kek Rainbow deco rainbow
~berat 1/2 kg+++
~harga RM35.00/ 1/2kg+++
~topping fresh cream
*topping cream cheese RM40.00/ 1/2 kg+++
*topping buttercream RM35.00/ 1/2 kg+++

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh call @ sms saya di talian 0193439894 @ boleh email ke ;azlynna12@gmail.com @ tinggalkan komen anda di ruangan komen...
Terima kasih di atas kesudian anda bertandang ke blog saya...:-)

Saturday 15 June 2013

RESEPI BISKUT CHOC.CHIP FAMOUS AMOS

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan ayak :

* 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
* 10 gm (3 tsp) serbuk koko
* 2 Tbsp tepung jagung
* 1/2 tsp soda bikarbonate
* 2 Tbsp susu tepung
* Secubit garam

Bahan bahan lain ;
* 250 gm mentega
* 150 gm gula kastor
* 1/2 tsp asen vanilla
* 1 biji kuning telur
* 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
* 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optionalCara-cara :

* Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
* Masukkan kuning telur dan pukul rata.
* Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
* Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
* Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
* Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
* Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Friday 7 June 2013

Pasang tv,tendang fius.

    Assalamualaikum...

Malam ni saya nak kongsikan pengalaman saya berkaitan fius mcb...
  Saya on tv,lepas sejam lebih mcb tendang...on balik..boleh on balik tv tu..tapi lepas sejam atau lebih dia tendang fius lagi..last2 saya dah tak pasang tv tu sebab ingat tv rosak..siap tanya pomen dah berapa kos nak repair tv ni..dan pomen pun dah dengan confidentnya cakap fius tendang sebab tv rosak..walaupun agak pelik,kalau tv rosak kenapa boleh on macam biasa...cuma bila sampai tempoh masa tertentu baru fius mcb tu akan tendang...tapi dah dia pomen..ikut je lah kan..
  Ok..dalam duk tunggu pomen tu nak datang repair tv saya ni..tetiba pulak hal yang sama terjadi kat peti ais pulak...pulak dah...
  kali ni saya yakin bukan tv yang rosak..mesti ada yang tak kena dengan wiring rumah ni...
     Kebetulan adik ipar saya ni masa belajar dulu memang dia ambil course ni...jadi saya minta lah suami telefon tanya adik dia ni....bila cerita fasal kejadian tu..adik ipar ni cakap fius mcb yang rosak..kena tukar fius yang selalu trip tu..yang selalu main tendang2 tu lah..
     Memang betul lah apa yang adik ipar saya ni cakap..memang penyebabnya fius mcb ni yang rosak..aliran elektrik masuk tak stabil..itu yang selalu trip..
   Nasib baik tak repair tv yang tak rosak ni..kalau tak free2 je melayang duit wat repair benda yang tak sepatutnya kena repair...
    Kesimpulanya..kalau tv atau peti ais atau ape2 je lah alatan elektrik kat rumah anda semua tendang fius lepas tu boleh on balik macam biasa and tendang lagi...suka sangat main tendang2..lebih baik check dulu fius mcb kat dalam main switch box tu...tukar yang mana suka sangat main tendang2 tu...
    Lagi satu...biasanya kalau barang elektrik yang rosak...bila on je item tu..fius automatik ters tendang...tak sempat dah nak tengok cite kat tv tu sampai habis dulu...on je suis terus tendang fius...kalau jenis yang on..boleh pulak tengok spongebob sampai habis baru tendang fius pastu siap boleh on balik tv tu sambung tengok cite lagi..maknanya itu mcb yang rosak bukan alatan elektrik yang rosak...
    Ok lah..semoga perkongsian ini berguna untuk anda ye...:-)

Tuesday 4 June 2013

Kek Rainbow

Kek Rainbow
~1/2 kg+++
~harga rm35.00
~topping fresh cream


*untuk tempahan boleh call @ sms saya di talian ; 019 3439894.
Terima kasih..

posted from Bloggeroid

Resepi kek tiramisu

*RESEPI KEK TIRAMISU*
sumber resepi daripada;
jacklyep.blogspot.com
*
*
Anda boleh guna Sponge Kek atau apa juga jenis kek...Sama ada membuat atau membelinya dari kedai...Tapi saya akan tetap berikan resepi yang di perlukan untuk membuat sponge kek...

200 gram butter
250 gram gula castor( ikut kesesuaian anda)
3 biji telur
1 sudu esen vanilla
300 gram tepung gandum
1sudu teh baking soda
sedikit garam

*Untuk Bahan- Bahan Tiramisu*
*
*
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe(indocafe pun boleh)
serbuk koko untuk hiasan

*Cara-Cara Membuatnya*
*
*
1) Panaskan oven mencecah 170 darjah celcius
2) Mixkan gula dan butter sampailah gebu
3) Masukkan telur perlahan lahan sampai sebati
4) Kemudian masukkan esen vanilla
5)Sapukan loyang dengan butter sebelum meletakkan adunan tadi...
6) Tuang bancuhan dan bakar sehingga 30 minit
7) Sejukkan sponge kek yang dah masak dan dibelah ke dua bahagian

*Itu untuk kek yang ini untuk krim2 lazat sponge kek*
*
*
1) Bancuhkan nescafe dengan air panas
2) Satukan gula , cheese dan cream
3) Pukul adunan sehingga sebati dan gebu
4) Tuangkan bancuhan ke atas kek
5) sapukan adunan cream dan cheese ke atas kek
6) Ulangi benda yang sama ke atas potongan kek yang ke dua
7) Tutup dengan cling film dan simpan ke dalam peti sejuk untuk di sejukkan
8) Hias mengikut kreativiti
9) Sejukkan dan siap untuk di hidangkan...

Monday 3 June 2013

Azlynna Bakery,Blok 8 Desa Mentari | Cupcakes choc.moist n red velvet

Cupcakes choc.moist
~saiz m
~harga rm2.50 / pcs
~topping buttercream
~ minimun order 18 pcs


Cupcakes red velvet
~saiz m
~topping cream cheese
~minimun order 18 pcs
~harga rm2.50 / pcs



*untuk tempahan boleh tinggalkan pesanan kat ruangan komen @ call @ sms saya di no.019 3439894.
Terima kasih..

posted from Bloggeroid

Azlynna Bakery,Blok 8 Desa Mentari, Petaling Jaya,Selangor.

Kami sedia menerima tempahan kek harijadi dan cupcake untuk pelanggan sekitar blok 1-8 Desa Mentari..
~ produk home made.
~halal
~harga berpatutan.
Berikut adalah antara produk2 keluaran Azlynna Bakery;

~Kek harijadi ;

Kek red velvet
~ Rm40.00/ 1/2 kg+++
~ Rm65.00/ 1kg +++
~3 layer
~ topping cream cheese
*(harga adalah tanpa edible image)
extra charge untuk edible image.


Kek Rainbow
~Rm35.00/ 1/2 kg @ 7.5"
~Rm60.00/ 1kg @ 8.5"
~6 layer warna pelangi
~topping fresh cream n buttercream.( untuk topping cream cheese harga extra rm5.00)
(harga adalah tanpa edible image) extra charge untuk edible image.







Kek Blueberry
~Rm30.00/ 1/2 kg+++
~Rm55.00/ 1kg+++
~topping fresh cream + blueberry filling n maraschino cherry.
~3 layer




Kek Black Forest
~Rm30.00/ 1/2 kg+-
~Rm55.00/ 1 kg+-
~topping fresh cream


gambar sumber daripada google

Kek Tiramisu
~Rm35.00/ 1/2 kg
~Rm60.00 / 1kg
~3 layer
~topping cream cheese




** untuk sebarang tempahab boleh tinggalkan komen anda kat sini @ call @ sms saya di no.0193439894.
Terima kasih....

Azlynna Bakery,Desa Mentari,Blok 8.| Kek Rainbow

Kek Rainbow versi angry bird
~topping fresh cream
~ 6 lapisan warna pelangi

~Berat ; 1/2 kg+-
~Harga ; Rm35.00 sahaja.



** untuk tempahan boleh tinggalkan komen @ call saya di ; 0193439894.
penghantaran terus ke rumah anda untuk pelanggan sekitar blok 1-8 Desa Mentari,,,

Terima kasih...

Pages