Azlynna Bakery

Saturday 15 June 2013

RESEPI BISKUT CHOC.CHIP FAMOUS AMOS

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan ayak :

* 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
* 10 gm (3 tsp) serbuk koko
* 2 Tbsp tepung jagung
* 1/2 tsp soda bikarbonate
* 2 Tbsp susu tepung
* Secubit garam

Bahan bahan lain ;
* 250 gm mentega
* 150 gm gula kastor
* 1/2 tsp asen vanilla
* 1 biji kuning telur
* 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
* 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optionalCara-cara :

* Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
* Masukkan kuning telur dan pukul rata.
* Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
* Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
* Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
* Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
* Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Pages