Azlynna Bakery

Sunday 7 July 2013

Dana Haji Jasman Betul ke Tidak ?!

Ini petikan dari Berita Harian..

NASIONAL
Bon palsu RM1 janji pulangan RM1,000
2011/04/09 - 04:07:41 AM  Oleh ;Syuhada Choo Abdullah
Cetak
Emel Kawan

*SC kesan Dana Haji Jasman guna taktik sentimen agama sasar Melayu-Islam melabur* 

KUALA LUMPUR: Satu skim pelaburan haram dikesan menawarkan bon palsu yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan sehingga 1,000 kali ganda daripada nilai wang dilaburkan atau “labur RM1 dapat RM1,000’, dengan menjadikan umat Islam ter-utama masyarakat Melayu sebagai sasaran melalui penggunaan taktik sentimen agama. 
Skim itu dikenali sebagai Dana Haji Jasman yang berkembang menggunakan struktur pemasaran berbilang peringkat (MLM) atau `ahli dapatkan ahli’, didakwa mengikut landasan Islam serta menepati kehendak syariat, malah penggeraknya dikatakan memberitahu sasaran kononnya ia adalah usaha rahsia kerajaan untuk membantu golongan Muslim di negara ini, menyebabkan ada individu yang sanggup membuat pelaburan sehingga mencecah RM100,000. 

Golongan bergerak aktif menarik penyertaan orang ramai dikatakan dipelopori mereka yang dilihat masyarakat Islam setempat sebagai alim, berwibawa, dipercayai, disegani dan berpengaruh, khususnya dalam konteks keagamaan, malah ada yang mendakwa bertugas sebagai pegawai agama dalam jabatan kerajaan. 

Berikutan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta orang ramai berwaspada dan berhenti atau jangan melaburkan wang dalam skim berkenaan yang disahkan tidak berlesen serta bukan program kerajaan, sekali gus menegaskan pelaburan terbabit yang menggunakan nama Bon Antarabangsa Boustead juga tiada sebarang kaitan dengan Boustead Holdings Berhad, iaitu sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. 

Jurucakap SC berkata, siasatan awal setakat ini mendapati skim berkenaan banyak tertumpu di kawasan bandar sekitar Johor, namun turut disertai golongan warga emas dari luar bandar, dan kini menular ke Kuala Lumpur. 

“Mangsa skim itu merangkumi segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam, dari mereka yang tidak berpelajaran sehinggalah golongan profesional, termasuk kakitangan kerajaan. Perjumpaan untuk menarik pelabur ini lazimnya diadakan di tempat berkaitan agama, selain lokasi lain seperti hotel, tempat perhimpunan awam dan dewan orang ramai. 
“Lebih membimbangkan, penyertaan skim haram itu tidak menetapkan sebarang had minimum, bermakna mungkin ada mangsa yang melaburkan sekecil-kecil jumlah yang ditabung dengan susah payah seperti RM100 atau RM150 dan ia boleh meningkat kepada semua wang simpanan hayat seseorang individu hingga mencecah ratusan ribu ringgit. 

“Berdasarkan maklumat diperoleh, orang ramai yang menyertai skim itu tidak diberi sebarang resit bayaran atau dokumen rasmi untuk pelaburan mereka. 
Sebaliknya apabila sudah memasukkan wang ke dalam suatu akaun bank yang diberikan, mereka kehendaki menandatangani suatu surat bai`ah bahawa pulangan pelaburan yang diterima nanti mesti digunakan untuk tujuan baik. Ini secara tidak langsung meyakinkan lagi orang ramai bahawa skim pelaburan itu adalah bagus, berkat dan menepati syariat. 

“Kadar dan tempoh perolehan pulangan pelaburan dijanjikan berbeza-beza kepada peserta berlainan.Berdasarkan maklumat diterima setakat ini Ada peserta yang dijanjikan kadar pulangan RM1,000 bagi setiap RM1 dilaburkan. Namun, janji itu tidak ditunaikan kerana peserta sering diberi pelbagai alasan.

Entahlah belalang....

No comments:

Post a Comment

Pages